top of page

Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. Sumber wahyu terkandung dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Al-Quran mengandungi prinsip-prinsip asas kemudian diperjelaskan dan diperincikan oleh As-Sunnah. Kedua-dua ini merupakan sumber inspirasi umat Islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun Islam.

 

1.Al-Quran

›Al-Quran bermaksud kalam Allah (perkataan Allah) yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara mutawatir selama 23 tahun untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Ia merupakan mukjizat kepada baginda yang berkekalan sepanjang hayat.

›

›Al-Qur’an mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan lain-lain lagi. Al-Qur’an sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha penyelewengan dan penambahan.

​

›Al-Quran sebagai kitab yang tidak mengandungi keraguan yang menjadi pedoman dan petunjuk bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada seluruh manusia dan membacanya adalah satu ibadah.

 

 

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

2.As-Sunnah

›Selain al-Qur’an, sumber kedua yang menjadi sumber Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. Al-Sunnah ialah segala yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.

›

›As-Sunnah juga dinamakan Al-Hadith. Dari segi bahasa bererti perjalanan samada perjalanan baik atau buruk. Dari segi istilah, As-Sunnah bererti sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sama ada dari segi perkataan, perbuatan atau pengakuan (persetujuan), sifat-sifat kejadian, akhlak dan sirahnya sebelum dan sesudah baginda dilantik menjadi rasul.

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

​

3.Sumber-sumber sekunder

›Selain daripada al-Qur’an dan al-Sunnah, terdapat sumber lain yang berperanan sebagai pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama’, al-Qias, Masalih al-Musalah dan al-Istihsan.

›

›Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam yang semakin kompleks. Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan firman Allah dalam al-Qur’an dan hadith Nabi SAW.

› 

4.Sumber tambahan

i.Akal Pemikiran

›Akal adalah khazanah potensi manusia yang cukup besar yang hanya dianugerahkan oleh Allah kepada manusia dan tidak kepada makhluk lain. Manusia boleh membangun dan bergerak maju dengan menggunakan akal untuk melahirkan sesuatu tamadun. Umat Islam dikehendaki menggunakan akal fikiran mereka dengan panduan dan petunjuk daripada Al-Quran dan AS-Sunnah.

›

›Dalam hal ini, pemikiran manusia hendaklah berteraskan ilmu yang didasari ketauhidan kepada Allah s.w.t untuk menghindarkan daripada penyalahgunaan hasil ciptaan yang boleh menghancurkan peradaban manusia.

›

ii.Tamadun-tamadun lain

›Kemajuan Islam tidak terhad kepada kemajuan yang dicipta oleh orang Islam sahaja. Islam membenarkan sebarang asas pencapaian tamadun lain untuk membantu mengukuhkan lagi tamadun Islam dengan syarat tidak bercanggah  atau bertentangan dari aspek aqidah, akhlak dan syariah Islam.

›

›Kubah masjid dipercayai berasal dari senibina Graeco-Roman dan demikian juga dengan sistem diwan (jabatan) yang telah diperkenalkan oleh Saidina Umar Al-Khattab di dalam pentadbirannya sebenarnya berasal dari sistem pentadbiran Parsi.

›

›Cendekiawan-cendekiawan Islam pada peringkat awal telah berusaha menterjemah buku-buku tamadun lain (Iskandariah, Greek, Yunani, Parsi dan India) dalam bidang-bidang seperti perubatan, astronomi dan matematik untuk dikaji dan dimajukan lagi.

›

Hasil kajian terhadap tamadun itu telah membuka minda mereka mencipta teori-teori, prinsip-prinsip, alat-alat, teknik-teknik dan karya-karya yang tenyata lebih baik daripada tamadun-tamadun lampau tersebut.

›

ASAS TAMADUN ISLAM

Asas Tamadun Islam

​

›Tamadun Islam mempunyai beberapa asas yang penting dalam mewujudkan pembangunan kebendaan dan kerohanian umat Islam iaitu:

1.Asas keimanan

2.Asas ‘ubudiyah,

3.Asas syariah

4.Asas akhlak.

​

›Keempat-empat asas ini adalah berperanan serentak dalam kehidupan umat Islam dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Kemajuan sama ada kebenaan atau kerohanian umat Islam hendaklah diiringi keimanan atau akidah kepada Allah s.w.t.

 

›Pada masa yang sama ia adalah ibadah dan mengikut landasan syariah serta mempunyai nilai-nilai akhlak Islam yang murni berpandukan Al-Quran.

​

AKIDAH

›Akidah adalah salah satu perkara asas iaitu memajukan muka bumi ini sama ada dari sudut kebendaan atau kerohanian.

›Hal ini juga hendaklah berasaskan kepada keimanan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.

›Apabila seseorang itu beriman kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. maka segala usahanya adalah pasti kerana Allah s.w.t. dan niat ikhlas kerana Allah s.w.t.

​

IBADAH

›Tujuan manusia hidup di atas muka bumi ini adalah semata-mata beribadah kepada Allah s.w.t. dan Itulah tujuan asal kehadiran mereka dibangunkan di muka bumi untuk mengikut perintah Allah s.w.t.

›

›Semua aktiviti manusia sama ada  urusan agama atau dunia semuanya adalah dikira sebagai ibadah dan juga membangunkan muka bumi dianggap sebagai ibadah jika ia dilakukan semata-mata niat mencari keredhaan Allah s.w.t.

›

›Rasulullah s.a.w. adalah merupakan contoh yang terbaik dalam memakmurkan muka bumi iaitu ketika baginda berhijrah ke Madinah pertamanya ialah membina masjid kedua mempersaudarakan puak-puak yang bertelagah dan menetapkan perlembagaan atau undang-undang negara.

›

SYARIAH

›Tamadun Islam adalah tamadun yang berlandaskan kepada syarak. Al Quran dan al Hadith adalah sebagai rujukan utama dalam memajukan muka bumi ini. Tamadun dalam politik, ekonomi, pertanian, perniagaan dan sebagainya adalah berlandaskan kepada pimpinan al Quran dan al Hadith.

 

›Terdapat berbagai-bagai bidang yang diterokai oleh manusia yang tidak ada di zaman Rasulullah s.a.w. seperti pembinaan, perkapalan, angkasa lepas, penerbangan, komputer dan sebagainya yang memerlukan pemahan yang tajam dari sudut syariat.

›

›Maka ini telah memberi peluang kepada umat Islam supaya berijtihad bagi membangunkan Islam dan umat Islam demi mencari keredhaan Allah s.w.t.

​

AKHLAK

›Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam ajaran Islam. Permulaan pembinaan tamadun mestilah berasaskan kepada akhlak. Tanpa akhlak yang mulia, manusia tidak akan mencapai ketamadunan. Tamadun Islam adalah tamadun yang seimbang antara kebendaan dan kerohanian.

›

›Tamadun yang lahir adalah diwarnai oleh akhlak umat Islam. Jika umat Islam mempunyai akhlak yang murni maka hasilnya juga adalah murni.

›

›Akhlak juga membincangkan tentang tajuk-tajuk sifat-sifat yang mahmudah iaitu sifat yang wajib ada pada diri setiap muslim seperti sifat sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, takwa, zuhud, zikrilmaut, istiqamah, pemaaf, dan sebagainya dan semua sifat-sifat terpuji  ini perlu ada kepada setiap umat Islam. janji, menjatuhkan maruah orang lain, rasuah, riba, penipuan, mencuri, melaga-lagakan sesama sendiri dan sebagainya.

KONSEP TAMADUN ISLAM

  Diasaskan dengan akidah,

  Diikat dengan syariah,

  Akhlak dan semua prinsip

  Islam lain.

​

​

Perspektif Barat

​

J.K. Fiebleman:

-   “Tamadun ialah kepandaian masyarakat mengeksploitasi material”.

​

Arnold Toynbee:

-   “Suatu sistem masyarakat yang membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan mempunyai empat unsur iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni”.

​

​

​

​

Perspektif Islam

​

Ibn Khaldun:

-   Istilah ‘umran” dan  ‘hadharah’

-   Dalam buku al-Muqaddimah – umran diterjemahkan sebagai perbandaran  dan tamadun.

-   Umran merangkumi semua aspek kemajuan (kebendaan & kerohanian) yg dicapai manusia / bangsa.

​

Muhammad Farid Wajdi:

-  Dalam kitab al-Madaniyyah wal Islam,

​

 Syeikh Muhammad Abduh:

-  Dalam kitab al-Islam wal Nasraniyyah wal lm wal Madaniyyah

-  Menggunakan perkataan  madaniyyah

–  Menggantikan umran.

-  Bermaksud : sesuatu yang berkenaan bandar atau kehidupan bandar

​

Jurji Zaydan:

-  Dalam kitab Tarikh al-Tamaddun al-Islami (Sejarah Tamadun Islam);

-  menggunakan perkataan tamadun.

-  Tamadun Islam mempunyai ciri-cirI berikut:

        i.   Negara Islam dan pemerintahan,       

        ii.  Bandar-bandar Islam,

        iii. Stratifikasi sosial,

        iv. Sains dan pengajaran bahasa Arab,       

        v.  Bangunan-bangunan serta seni-binanya dan kesenian Islam.

​

Perkataan madaniyyah dan tamadun mempunyai maksud yg sama iaitu pencapaian manusia dlm semua bidang kehidupan, material dan spiritual yg berpusat di bandar

​

​

​

​

Pandangan sarjana

​

​

Sayyid Qutb

•  Kemajuan yg dihasilkan oleh sekumpulan masyarat spt sistem sosial, pemerintahan dll berteraskan syariat dan akhlak Islam

​

Abu Bakar Hamzah

• . Sesuatu yg lahir dan berkembang bersama dgn kehidupan manusia sama ada bersifat bukan kebendaan @ sebaliknya.

​

Said Hawa

• . Kemajuan yang ditegak atas kebudayaan Islam dan hasilnya relevan dgn kebudayaan tersebut

​

Syed Naquib al-Attas

• . Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yg telah mencapai kehalusan tatasusila dan kebudayaan yg luhur

SUMBER TAMADUN ISLAM

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page