top of page

DEFINASI JIHAD

 

Dalam Bahasa Arab, jihad (جِهَاد) berasal daripada perkataan juhdu (جُهْدُ) atau jahdu (جَهْدُ) yang membawa maksud tenaga atau kesusahan. Adapun jihad, ia menjurus kepada makna mengerah usaha dan tenaga (Mukhtaar Al-Sihah, 1/119).

Dariapda sudut Syarak pula, terdapat dua erti jihad. Jihad secara umumnya membawa maksud mengerah usaha dan tenaga dalam apa yang disukai oleh Allah dan diredaiNya (Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah, 10/192).

Adapun secara khas, jihad membawa maksud ‘Mengerah usaha dan tenaga berperang pada Jalan Allah dengan nyawa, harta, senjata dan selainnya’.

Sebagaimana sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,

جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ

 

“Berjihadlah menentang orang musyrikin dengan harta, nyawa dan lidah kamu” (Sahih. Riwayat Abu Daud).

JENIS-JENIS JIHAD

Berdasarkan erti jihad mengikut definasinya yang umum dan khusus, Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H) dalam kitabnya Zaadul Ma’aad, 3/9 membahagikan jihad kepada empat peringkat:

Peringkat Pertama: Jihad Melawan Nafsu

Jihad Melawan Nafsu adalah jihad pertama yang perlu dilaksanakan oleh seseorang muslim sebelum dia beranjak ke peringkat jihad yang berikutnya. Jihad Nafsu terbahagi kepada empat:

  1. Jihad dalam menuntut ilmu kebenaran dan Agama yang hak;

  2. Jihad dalam mempraktikkan ilmu yang telah diperolehi;

  3. Jihad dalam berdakwah menyebarkan ilmu;

  4. Jihad dalam bersabar menanggung rintangan berdakwah pada Jalan Allah.

 

Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,

 

وَالْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي طَاعَةِ اللَّهِ

“Orang yang berjihad adalah orang yang berjihad melawan nafsunya dalam mentaati Allah” (Sahih. Imam Ahmad).

 

Peringkat Kedua: Jihad Melawan Syaitan

Ia terbahagi kepada dua:

  1. Jihad dalam menangani syubhat yang dilemparkan;

  2. Jihada dalam berdepan dengan godaan syahwat.

Jihad Melawan Syaitan dianggap jihad kedua yang paling susah sesudah Jihad Melawan Nafsu memandangkan Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda,

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنَ الإنسان مجْرى الدَّم

“Sesungguhnya syaitan bergerak dalam badan manusia sebagaimana darah mengalir dalam tubuh badannya” (Bukhari dan Muslim).

Seseorang itu tidak akan berjaya dalam peringkat jihad yang berikutnya melainkan setelah dia berjaya dalam kedua peringkat jihad yang pertama ini.

Peringkat Ketiga: Jihad Menentang Golongan Munafik

Ia terbahagi kepada empat:

  1. Jihad dengan hati;

  2. Jihad dengan lidah;

  3. Jihad dengan harta;

  4. Jihad dengan nyawa.

Walaubagaimanapun, Jihad Menentang Golongan Munafik lebih tertumpu kepada lidah kerana golongan ini kufur dalam hati tetapi menzahirkan Islam. Maka penjelasan dan hujah perlu diberikan untuk menangkis syubhat-syubhat mereka.

Berkata Ibnu Al-Qayyim rahimahullah (wafat 751H), “Jihad Orang Munafikin lebih susah daripada Jihad Orang Kafir. Ia hanya boleh dilaksanakan oleh mereka yang berkeahlian (golongan yang berilmu) daripada kalangan Umat Islam” (Zaadul Ma’aad, 3/5).

Peringkat Keempat: Jihad Golongan Ahli Bidaah dan Pelaku Maksiat

Ia terbahagi kepada tiga:

  1. Jihad dengan tangan mencegah perbuatan bidaah atau maksiat yang mereka lakukan; jika tidak mampu

  2. Jihad dengan lidah menegur perbuatan salah mereka; dan jika tidak mampu

  3. Jihad dengan hati dengan mengingkari perbuatan mereka dan membencinya.

Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فبقلبه وَذَلِكَ أَضْعَف الْإِيمَان

 

“Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya; jika dia tidak mampu maka dengan lidahnya; dan jika

dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman” (Muslim).

Peringkat Kelima: Berperang pada Jalan Allah demi Menegakkan Kalimah Allah

Ini yang dimaksudkan dengan jihad dalam erti katanya yang khusus.

Firman Allah,

 

وَقَاتِلُوا الْمُشْرِكِينَ كَافَّةً

 

“Dan perangilah orang-orang musyrikin secara menyeluruh” (Al-Taubah, 36).

 

Sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam,

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

 

“Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan kecuali Allah” (Bukhari dan Muslim).

 

مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَغْزُ وَلَمْ يُحَدِّثْ نَفْسَهُ بِغَزْوٍ مَاتَ عَلى شُعْبَةِ مِنْ نِفَاقٍ

 

“Barangsiapa mati sedang dia tidak pernah berperang, dan tidak pula dia bercita-cita untuk berperang, dia telah mati pada salah satu cabang kemunafikan” (Muslim).

FADHILAT JIHAD

 

Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi sallalahu alaihi wasallam yang menjelaskan tentang kedudukan serta kelebihan Jihad Fi Sabilillah. Antaranya sabda Nabi,

 

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

 

“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat seratus darjat yang Allah sediakan buat mereka yang mati syahid pada Jalan Allah; antara setiap darjat seperti antara langit dan bumi” (Bukhari).

JIHAD DALAM ISLAM

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page