top of page

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM

Rabbani

- Tamadun Islam adalah tamadun yang didasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan keagamaan. Sumber matlamat dan tujuan kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah. Al-Quran  menjadi sumber dan pedoman kepada kegiatan hidup manusia. Tanggungjawab manusia ialah sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

​

Keseimbangan dan kesederhanaan

- Keseimbangan bermaksud seimbang di antara dua keadaan yang bertentangan. Umpamanya, seimbang antara kerohanian dan kebendaan, antara tanggungjawab ibadah terhadap Allah dan urusan kehidupan, antara kepentingan individu dan masyarakat.

​

Universal

-Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu bahkan ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada ajaran Islam. Perkembangan tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan kepada sesuatu bangsa atau kawasan. Berbeza dengan tamadun lain seperti tamadun Cina, tamadun India, tamadun mesophotamia, dan tamadun Parsi.

​

Ideal dan realistik

- Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan yang dapat dicapai. Iaitu dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah. Realistik dari segi mengambil kira hubungan dengan alam sejagat atas dasar bahawa alam merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata yang menunjukkan hakikat kewujudan Allah

​

Tetap dan anjal

- Iaitu tetap atau tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya dengan memberi kebebasan dari sudut merealisasikan tamadun dengan mengambil kira matlamat yang hendak dicapai.

​

Menyeluruh

- Tamadun Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk undang-undang, aqidah, akhlak, hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain serta hubungan antarabangsa.

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page