top of page

Peranan Islam dalam pembinaan Tamadun Melayu

Penerimaan secara damai dan sejahtera.

•Islam datang ke Nusantara pada awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M)

•Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru apabila pusat kerajaan Islam jatuh ketangan Monggol.

•Kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi.

•Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat Nusantara

•Secara terang membuka minda masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama.

Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya

​

​

​

Agama Islam dan Adat-adat Istiadat Melayu

​

​

•Islam merupakan elemen penting dalam tamadun Melayu.

•Secara khusus, Islam dan adat Melayu menjadi salah satu struktur terpenting kemelayuan dalam tamadun Malaysia.

•Islam dan adat Melayu merupakan struktur yang saling melengkapi dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan. Islam terus menjadi teras bagi identiti Melayu.

•Dalam perlembagaan, orang Melayu didefinisikan sebagai orang yang berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam.

•Agama Islam dijadikan salah satu daripada asas bagi mengiktiraf seseorang sebagai berbangsa Melayu. Begitu juga dengan perlantikan sultan bagi setiap negeri,  sultan dimestikan beragama Islam.

•Sultan juga diberikan peranan yang besar dalam mengetuai agama Islam di setiap negeri di Tanah Melayu.

​

​

​

​Penerapan Nilai-nilai Islam dan kesan-kesannya

•Penerapan nilai-nilai Islam yang telah menjadi akar umbi kawalan terhadap semua dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan telah menampakkan lagi kepada kita peranan agama Islam dalam pembentukan negara Malaysia.

•Nilai-nilai Islam yang suci dan universal telah dapat diterima oleh semua bangsa majmuk yang tinggal dalam negara ini. 

•Nilai-nilai Islam yang berasaskan tauhid dan mencakupi semua aspek hidup manusia telah menjadi satu mekanisme kawalan dan panduan bagi kakitangan kerajaan dalam menjalankan tugas mereka. Keistimewaan agama Islam yang menjadi identiti bangsa Melayu telah menjadikan tamadun Melayu sebagai asas tamadun Malaysia. 

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page