top of page

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN ISLAM

FAKTOR-FAKTOR KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM

1. KEYAKINAN UMAT TERHADAP AJARAN ISLAM

-  Ajaran Al-Quran mengajak umat Islam mempelajari pelbagai ilmu :

    ilmu sains tabii, falsafah, kesusasteraan dan pelbagai

    ilmu lain.

 

Umat Islam di pusat-pusat perkembangan tamadun Islam (Baghdad, Andalusia dan Mesir) – berlumba-lumba mempelajari dan mengembangkan pelbagai ilmu pengetahuan semasa dan futuristik.

 

Pelbagai ilmu baharu ditemui dan memperbaharui ilmu-ilmu lama tinggalan Greek dan Yunani

2. PEMERINTAH YANG BERTAKWA DAN BIJAKSANA

- Ajaran Islam menggariskan kualiti untuk menjadi  pemerintah.

- Takwa kepada Allah SWT, bijaksana

- Era kegemilangan tamadun Islam – pemimpin bukan sahaja adil tetapi cintakan ilmu pengetahuan.

3. SUMBER EKONOMI YANG LUAS DAN BANYAK

- Zakat salah satu sumber kewangan Islam.

- Zakat menjadi pendorong untuk berusaha mencari harta

- Apabila wilayah kekuasaan Islam semakin luas, sumber ekonomi bertambah luas dan teguh.

- Membolehkan memberi tumpuan kepada kegiatan keilmuan.

 

4. POLITIK YANG STABIL

- Dari abad ke-8 hingga ke-13 Masihi, dunia umumnya didominasi oleh umat Islam

- Politik yang stabil dan negara yang aman – memberi tumpuan kepada kegiatan keilmuan

- Umat Islam mengembara ke seluruh pelosok dunia Islam – perniagaan dan menuntut ilmu pengetahuan.

- Agama Islam tersebar luas sehingga sampai ke Alam Melayu.

5. KEGIATAN KEILMUAN YANG MELUAS

- Peranan institusi masjid – pusat melakukan -ibadat khusus dan tempat pembelajaran serta kegiatan ekonomi.

- Para ilmuan terawal lahir dari institusi masjid

- Universiti-universiti terawal berkembang daripada institusi masjid.

- Contoh: Universiti Al-Azhar

 

 

6. KEADILAN YANG MENYELURUH

- Pemerintah Islam bersifat adil kepada semua rakyat tanpa mengira agama anutan mereka.

- Sepanjang zaman pemerintahan Islam, orang bukan Islam diberi kebebasan sama seperti orang Islam.

- Lahir ramai ilmuan tersohor kalangan bukan Islam di Andalusia dan Baghdad

- Contoh: Masyaalah b. Athari (Baghdad)- ahli falsafah,

- Moses ben Maimon, Salomon ben Gabirol (Andalusia) – ahli falsafah

 

 

7. KETENTERAAN YANG KUAT

- Elemen penting menjamin keamanan dan keselamatan.

- Menggerunkan musuh-musuh untuk meceroboh.

- Semangat jihad yang tinggi dan kental – salah satu rahsia kekuatan negara Islam

Faktor Kemerosotan Tamadun Islam

Faktor-faktor utama yang mendorong kemerosotan tamadun Islam hampir serupa dengan tamadun lain iaitu:

 

  1. Pemerintah yang lemah

    • Negara yang diperintah oleh pemerintah yang lemah akan mudah menjadi kucar-kacir, ketidakstabilan politik, kelumpuhan ekonomi dan perpecahan negar menjadi wilayah-wilayah kecil.

  2. Berlaku penyelewengan dan keruntuhan akhlak

    • Semua bentuk-bentuk penyelewengan dan gejala keruntuhan akhlak dianggap sebagai perkara biasa sedangkan golongan amar makruf nahi mungkar dianggap kolot dan antikemajuan.

  3. Kekurangan sumber ekonomi

    • Sumber ekonomi yang kurang boleh membawa kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan mencuri  dan sebagainya atas desakan hidup.

Antara faktor lain:

  1. Kegiatan ilmu yang merosot

    • Kurang penghasilan karya-karya baru mengakibatkan sarjana Barat mengambil alih tempat sarjana-sarjana Islam sebagai pemula.

  2. Ancaman musuh luar

    • Musuh luar telah menghancurkan dan membawa pulang khazanah ilmu milik umat Islam ke negara mereka.

    • Musuh luar menawan bangunan-bangunan milik kerajaan Islam dan menukar fungsi banguna tersebut.

  3. Bencana alam

    • Wabak penyakit, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, tsunami dan gempa bumi merupakan faktor yang mampu meruntuhkan sesebuah tamadun.

    • Fenomena alam telah mngorbankan ratusan ribu nyawa manusia dan meranapkan bandar-bandar.

© 2023 by Name of Site. Proudly created with Wix.com

  • Facebook Social Icon
  • Twitter Social Icon
  • Google+ Social Icon
bottom of page